3 Amalan mudah untuk diamalkan.Allah maha pengasih lagi maha penyayang.

Usai solat subuh mamareen terjumpa 1 video difacebook.Dan ingatan ini membuatkan mama rasa hina sangat.
Ada masa dalam beramal ada kalanya kita leka.
Kita megharap ganjaran dunia tapi sebenarnya ganjaran akhirat itu PASTI!

Mamareen kongsikan antara amalan yang nampak sederhana,tapi apabila diamalkan besar fadhilatnya sebelum ajal menjemput kita.😭

1.Dapat mengugurkan dosa dengan menyebut kalimat
 “Subhanallahi Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim” sebanyak 100x sehari.

🌼Rasulullah bersabda :
“Barang siapa mengucapkan subhanallah wa bihamdihi seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di laut”.

(HR Muslim dan Tirmidzi)

2.Dijauhi dari azab kubur
-Membaca surah Al-Mulk sehari sekali sebelum tidur.

🌼Ada 30ayat dalam surah Al Mulk dibaca sehingga Allah ampunkan dosa-dosanya.Dibaca sekali sebelum tidur.
In sha Alla,Allah akan menjauhinya dari azab dan fitnah kubur

“Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kubur dan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” 
Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.”  (HR At-Tarmizi)

3.Membina rumah disyurga.
Membaca Surah Al-Ikhlas 10x sehari.

🌼Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.”
(HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)

Amalan yang baik dan mendapat pahala digalakkan untuk diamalkan.
Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita.
ALLAH menjauhi kita dari Azab Kubur dan ada tempat kita disyurga.
Wallahualam.

Amen

Mari sama-sama kita beramal moga ALLAH swt menerima dan mengampunkan dosa-dosa kita.

Salam Sayang❤
-Mamareen-

Fb: Shairne omar
#Pendosa
#TeruskanUsaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge