4 JENIS MANUSIA…..

 

Dalam kita sibuk mencari rezeki untuk hidup.Ada yang berlumba-lumba untuk kaya dan berjaya.

Sehingga wujudnya 4 golongan manusia ini.Moga kita tidak tergolong dalam golongan yang ALLAH murkai.


Rasulullah saw bersabda :

“إِنَّمَا الدُّنْيَا لِأَرْبَعَةِ نَفَرٍ عَبْدٌ رَزَقَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مَالًا وَعِلْمًا فَهُوَ يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ وَيَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ وَيَعْلَمُ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فِيهِ حَقَّهُ قَالَ: فَهَذَا بِأَفْضَلِ الْمَنَازِلِ.
قَالَ: وَعَبْدٌ رَزَقَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عِلْمًا وَلَمْ يَرْزُقْهُ مَالًا قَالَ: فَهُوَ يَقُولُ لَوْ كَانَ لِي مَالٌ عَمِلْتُ بِعَمَلِ فُلَانٍ قَالَ: فَأَجْرُهُمَا سَوَاءٌ. قَالَ: وَعَبْدٌ رَزَقَهُ اللَّهُ مَالًا
وَلَمْ يَرْزُقْهُ عِلْمًا فَهُوَ يَخْبِطُ فِي مَالِهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ لَا يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَلَا يَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ وَلَا يَعْلَمُ لِلَّهِ فِيهِ حَقَّهُ فَهَذَا بِأَخْبَثِ الْمَنَازِلِ. قَالَ: وَعَبْدٌ لَمْ
يَرْزُقْهُ اللَّهُ مَالًا وَلَا عِلْمًا فَهُوَ يَقُولُ لَوْ كَانَ لِي مَالٌ لَعَمِلْتُ بِعَمَلِ فُلَانٍ قَالَ: هِيَ نِيَّتُهُ فَوِزْرُهُمَا فِيهِ سَوَاءٌ.”

Artinya : “Hanyalah dunia ini bagi empat golongan manusia :

1- Seorang yang Allah kurniakan kepadanya harta dan ilmu. Maka dia menjadi orang yang taqwa kepada Tuhannya kerananya. Dia menghubung silaturrahim dan dia tahu haq-haq Allah. Sabda Nabi saw : Maka inilah darjat yang paling baik. Kemudian Nabi saw bersabda :

2. Seorang yang Allah kurniakan kepadanya ilmu tetapi tidak dikurniakan harta. Lalu dia berkata jika aku ada harta, aku akan kerjakan amalan baik seperti sifulan itu. Sabda Nabi saw : Pahala kedua jenis manusia ini adalah sama. Kemudian sabda Nabi :

3- Seorang yang Allah kurniakan kepadanya harta tetapi tidak dikurniakan ilmu. Maka dia belanjakan hartanya itu sesuka hati tanpa ilmu dan tanpa rasa taqwa kepada Allah. Dia tidak menghubung silaturrahim dan tidak mengetahui hak-hak Allah. Sabda Nabi saw : Inilah seburuk-buruk golongan. Kemudian sabda Nabi :

4- Seorang yang Allah tidak kurniakan kepadanya harta dan ilmu maka dia berangan-angan kalaulah aku ada harta tentu aku akan berfoya-foya seperti si fulan itu.. Golongan ini dosanya sama dengan yang ketiga”.

(Hadith Imam Ahmad)

Harta adalah ujian sama ada ke Syurga atau Neraka..

 

Wallahua’lam

Credit : Ustaz Azhar Idrus(UAI)

~Mamareen~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge