GAGAL MENYUSUKAN ANAK KERANA SALAH POSISI??KETAHUI 4 TIPS YANG BETUL.

Amalan susukan akan selalu orang kaitkan dengan amalan orang lama.Cara Tradisional dulu.Kenapa nak susukan anak sedangkan banyak susu-susu formula dipasaran yang terbaik dan lebih mudah untuk disediakan dan lebih cepat.

Firman ALLAH SWT dalam Surah Al Baqarah Ayat 233 yang bermaksud “…ibu-ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama 2 tahun genap bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu…”.

Jelas disini ibu-ibu hendaklan susukan anak hanya dengan susu ibu selama 2 tahun.tetapi bagi yang ingin menyempurnakan tempoh penyusuan.

Namun,bagi mamareen berpegang pada intipati ayat itu KEWAJIPAN menyusukan anak adalah lebih utama.dan susu ibu adalah HAK anak yang kita lahirkan untuk mendapat kebaikan susu ibu yang dikurniakan oleh ALLAH SWT.

Bersyukurlah mempunyai payurdara yang sihat dan malah merupakan anugerah ALLAH pada wanita khususnya untuk menyusukan anak kelak.Setiap wanita mempunyai payudara dan pasti ada sebab ALLAH beri nikmat pada wanita digunakan sebaiknya..

Penyusuan ibu bukan sahaja digalakkan dalam Islam,malah oleh pakar pemakanan dan kesihatan tiada yang lebih baik untuk bayi selain susu dari ibunya..

Dan ada beberapa cara yang boleh membantu ibu menyusu dengan aman dan selesa.Kerana posisi juga memainkan peranan penting bagi emosi ibu dan bayi yang ingin disusukan.

1.Berbaring.
-Posisi ini paling disukai oleh ibu dan bayi kerana ibu dapat berehat dan bayi dapat tidor lebih lena..

2.Mendukung
Posisi mendukung selalunya di tempat awam dan ikut keselesaan ibu dan bayi.

3.Mendukung silang
-Posisi ini selalunya sambil memicit payudara untuk turut mengeluarkan susu bantu bayi untuk dapatkan susu.

4.Mendakap
-Selalunya mendakap menggunakan bantal. Meriba sambil duduk bersila.Bayi dan ibu akan rasa lebih selesa.

Posisi diatas boleh diamalkan semasa menyusukan anak.Namun,pilih posisi yang selesa sesuai dengan tempat dan kemahuan bayi untuk mendapat susu yang lebih mudah dan selesa.

Selamat mencuba dan teruskan menggali lmu penyusuan untuk kebaikan dan menyempurnai tuntutan hak anak anda.

Untuk maklumat tambahan berkaitan langkah penyusuan dan nutrisi keperluan ibu? Tekan 👉Tips Menyusu.

Fb :Shairne omar
Wassap/Hubungi no : +601137181390

-Mamareen-
Konsultion Nutrisi Ibu Hamil & Menyusu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge