Jangan Tinggal Surah Kursi

Soalan:

Apakah hukumnya membaca ayat Kursi selepas menunaikan sembahyang lima waktu seperti yang selalu diamalkan di masjid dan surau?

Jawab :

Hukumnya adalah sunat.

Diriwayatkan dari Abu Umamah Al-Bahili r.a. dari
Nabi saw bersabda :

مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ إِلَّا أَنْ يَمُوتَ

artinya : “Barangsiapa yang membaca akan ayat Kursi pada tiap-tiap sembahyang lima waktu maka tidak ada yang menghalangnya daripada masuk ke dalam syurga melainkan kematian.”

Hadith ini telah iriwayatkan oleh Imam Nasai’e dalam Sunan al-Kubra dan ‘Amal al-Yaumi Wa al-Lailah dan diriwayatkan juga olih Imam al-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Mu’jam al-Ausath, al-Du’a, Musnad al-Syamain. Dan olih Imam Ibnu al-Sunni dalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah dan lain-lain.

Imam al-Munziri berkata dalam Kitab al-Targhib :
“Diriwayatkan oleh al-Nasa’ie dan al-Thabarani dengan beberapa sanad yang salah satunya sahih.”

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata dalam kitab Bulughu al-Maram : “Diriwayatkan oleh al-Nasa’ie dan Ibnu Hibban telah menyatakan sebagai sahih.”

Ibnu Hajar al-Haithami menyebut dalam kitab Majma’ al-Zawaid : “Diriwayatkan oleh al-Thabarani dalam al-Kabir dan al-Ausath dengan beberapa sanad dan salah satunya adalah jayyid.”

Kesimpulan :

– Sunat membaca bersama zikir-zikir lain akan ayat Kursi
selepas menunaikan sembahyang lima waktu.

– Siapa membaca ayat Kursi akan mendapat fadhilatnya samada
membaca sendirian atau membaca bersama imam selepas
sembahyang.

– Jika selepas sembahyang imam membaca akan ayat Kursi
tetapi makmum tidak membacanya maka hukumnya tidak
mengapa.

– Jika selepas sembahyang imam tidak membaca ayat Kursi
tetapi makmum pula membacanya maka hukumnya adalah
harus.

– Jika kedua-dua imam dan makmum tidak membacanya maka
hukumnya juga adalah harus tidak menjadi kesalahan.

– Siapa yang tidak membaca ayat Kursi maka luput darinya
kelebihan yang dijanjikan tetapi dia tidak melakukan sebarang
kesalahan kerana membaca ayat Kursi selepas sembahyang
adalah sunat hukumnya bukan wajib.

Wallahua’lam

Credit:https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

Jika ada kebaikkan?mengapa nak abaikan.Hanya berdoa sekejap selepas solat.

_Mamareen_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge