KEBAIKAN SUSU IBU PADA BAYI DAN IBU YANG BANYAK MANFAAT DARI SEGI KESIHATAN DAN DALAMAN IBU

Assalamualaikum..salam ramadhan ke8 hari ni.Alhamdulillah tahniah buat semua ibu yang berjaya puasa dan sihat semasa menyusukan anak.

Hari ini mama hendak kongsikan beberapa kebaikan susu ibu kepada bayi dan ibu itu sendiri.😊

Kenapa penting sangat susu anak sebaik sahaja dilahirkan?.Semestinya ALLAH jadikan sesuatu ada asbabnya dan anugerah susu ibu ini sangatlah berharga bak kata orang “Titisan Emas”.

KEBAIKAN SUSU BUAT BAYI


  • Lebih cerdik mempunyai IQ tinggi
  • Mempunyai badan yang kuat
  • Bayi yang memberi lebih tindak balas
  • Mata lebih sihat
  • Imun lebih kuat
  • Mempunyai daya pendengaran yang baik
  • Pertumbuhan gigi yang cepat
  • Kurang jangkitan kepada usus
  • Otot lebih keras
  • Mengurangkan masalah autisme(dari kajian terhadap bayi yang menyusu dan tidak menyusu)

KEBAIKAN UNTUK IBU


  • Rahim cepat mengecut
  • Kurang pendarahan
  • Kuatkan bonding ibu dan bayi
  • Mengatasi masalah meroyan
  • Ibu lebih tenang
  • Hormon lebih rendah
  • Berat lebih cepat turun
  • Membantu mengawal kehamilan secara semula jadi
  • Mengurangkan masalah osteoporosis(kerapuhan tulang),kanser rahim,kanser ovari & kanser payudara
  • Paling terbaikk JIMAT DUIT BELI SUSU FORMULA

MENGAPA SUSU IBU TERBAIK?

Susu ibu adalah UNIK untuk bayi”

Kerana mempunyai DHA semula jadi.Dan sangat penting untuk tahun pertama selepas kelahiran.Dan mempunyai DNA semula jadi.

Rasa teruja hendak susukan bayi anda selepas baca kebaikan-kebaikan diatas?

Jom mula kita mulakan:

NIAT:

♦Untuk menyusukan anak sekurangnya 6 bulan pertama,setahun atau lebih baik dianjurkan selama 2 tahun.

ILMU:

♦ Banyakkan membaca asas penyusuan dan bertanyakan kepada pakar atau mereka yang berpengalaman meyusukan bayi

KOMITMEN:

♦ Komitmen ini seharusnya terikat dengan NIAT diatas dan berusaha sehabis baik.

SOKONGAN:

♦Perlu berbincang dan menyuarakan niat kepada orang sekeliling tentang  kaedah penyusuan supaya mendapat sokongan dan bantuan.Dari suami(penyokong utama)keluarga dan rakan.

Alhamdulillah sedikit ilmu penyusuan yang mamareen hadir semasa  Kelas Penyusuan.     Oleh Dr Nurzarina Abdul Rahman Pakar Laktasi bertauliah juga seorang doktor perubatan.

Semoga bermanfaat dan mendapat semangat juga ilmu baru untuk memulakan penyusuan susu ibu secara exclusive.

Salam Kasih Ibu dari :

Mamareen Omar❤

+601137181390 📲

 


Dapatkan lebih tips penyusuan disini:

🌼Mental Ibu Memainkan Peranan.

🌼Kenapa Susu Ibu Jadi Pilihan?


 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge