Masalah Ibu Hadapi Ketika Menyusu

Ibu-ibu perlu tahu Masalah utama ketika Menyusu.Ada 4 Masalah yang perlu dtitik beratkan oleh Ibu Ketika Menyusu.Masalah ini jarang diambil berat oleh Ibu Menyusu berkaitan dengan Payudara,Pengeluaran Susu,Bayi dan Ibu.

MASALAH PAYUDARA

Puting Susu Leper, atau Tenggelam

Biasanya puting ni boleh ditarik semasa Ibu sedang hamil lagi.Jadi,Ibu perlulah menarik keluar puting susu sebelum mula Menyusukan bayi dengan merangsangnya,tarik atau menggunakan pam susu.

Payudara Bengkak,Keras dan Menyakitkan.

Payudara membengkak memang perkara biasa bagi Ibu yang baru 3-6 hari bersalin.Payudara bengkak disebabkan susu tidak mengalir keluar dengan lancar.Jadi nak elakkan dari membengkak.Ibu hendaklah kerap menyusukan bayi,atau kosongkan payudara sebelum dan selepas menyusukan bayi. boleh tuamkan dengan air suam atau ambil LECITHIN bagi membantu melancarkan air susu.Lecithin antara kaedah yang sangat membantu.

Puting Susu Pedih

Puting susu pedih disebabkan posisi Ibu yang menyusu tidak betul.Penggunaan pam yang tidak sesuai.Pastikan mulut bayi melekap betul dikawasan sepatutnya.
Dan dinasihatkan Ibu memakai pakaian/pakaian dalam yang longgar bagi mengelakkan puting pedih.

Mastitis

Pernah dengar apa itu “Mastitis”?
Mastitis ni adalah (Radang Payudara).Dan sering berlaku apabila saluran susu mulai tersumbat.akan hasilkan benjolan atau bengkak pada payurdara.Menjadi keras dan sakit.
Dan jika didapati mengandungi nanah hendaklah segera berjumpa doktor untuk jalani pembedahan segera.

Diingatkan teruskan menyusu menggunakan payudara yang tidak sakit.

Masalah Pengeluaran Susu

Penyusuan Tidak Kerap

Ini sering berlaku apabila Ibu mengambil sikap sambil lewa dengan tidak kerap dan tidak mulakan dengan penyusuan dari awal.
Dan hendaklah susukan bayi dengan kedua belah payudara.

Ingat Ibu yang menyusu perlu menjaga pemakanan supaya sUsu tidak terjejas.Dan semestinya Pemakanan seimbang dan pengambilan Supplemen yang betul akan membantu dan menjayakan lagi tempoh Penyusuan itu lebih konsisten.😊

So,dah tahu kenapa Masalah Susukan Bayi masih jadi satu masalah?

Ibu-ibu harus bertenang dan perlu banyak membaca dan bertanya kepada pakar laktasi supaya Ibu-ibu tidak mudah mengalah dan stress.

Sabar dan teruskan mencari ilmu penyusuan sebelum hamil dan bersalin.Bagi persediaan semasa menyusukan bayi nanti.

Mamareen happy dan syukur pernah menghadiri bengkel penyusuan oleh seorang Dr Pakar Laktasi .Beliau banyak membantu dari segi bagaimana menyusukan dengan betul dan info kebaikan susu ibu.Alhamdulillah.

Disini mama kongsikan sedikit tips untuk anda.😊

Salam Kasih Ibu ❤

Mamareen Omar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge