NAK JADI SUAMI KENA KENAL DAUN INI UNTUK DI JADIKAN MANDIAN ISTERI SELEPAS BERSALIN.

Mandian untuk ibu-ibu yang baru selepas bersalin penting kerana ia akan membantu ibu-ibu supaya:

Daun Meringan
Daun Lengkuas
Daun Kunyit
Daun Mengkudu Hutan
Daun Kapal Terbang
Daun Lemuni
Daun Pisang Kelat Air
Daun Lampin Budak
Daun Serai Wangi

 

Halba
Kulit Kayu Manis 3batang

1). Menghilangkan bau hanyir darah yang terlekat di badan selepas bersalin.

2). Membantu supaya melancarkan pengeluaran susu ibu.

3). Memulihkan kecergasan badan ibu selepas bersalin.

4). Menyegarkan urat selepas bersalin.

5). Mengatasi masalah buang angin dan kebas pada ibu selepas bersalin.

6). Untuk memulihkan urat dan saraf yang bermasalah selepas ibu bersalin.

Cara mandian ini mudah, rebuskan satu baldi air bersama herba yang saya tunjukkan ini serba sedikit, sehingga menggelegak.
Lalu di campur dengan air biasa sehingga air itu berasa suam-suam kuku.

Mulakan mandian ini pada kaki bahagian kaki dahulu supaya urat tidak tersentak, kemudian baru naik ke lutut, pinggang, pusat, bahu, dan kepada.
Gosok sedikit daun rebusan itu di kulit supaya haruman daun itu meresap ke dalam kulit…

Teruja mama bila dapat info mandian ibu berpantang ni.Sebab semasa berpantang kesemua anak mama memang amalkan mandian daun herba.Dan ada beberapa jenis daun yang mama belum cuba.InsyALLAH akan digunakan untuk berpantang seterusnya.😊

Mamareen kongsikan dari Fb Ustaz Md Rosdi Hasan

Selamat Mencuba😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge