RAWATAN DEMAM CAMPAK DARI DAUN DAN BAHAN DIDALAM RUMAH

Assalamualaikum..hye baru hari ni diberi kesempatan nak share tips rawatan demam campak yang mama amalkan untuk ketiga-tiga anak.

Memandangkan kali pertama semua anak kena campak dalam bulan yang sama.Mama agak busy tumpukan lebih masa dan perhatian utk anak.Ya laa sakitt kan.Kena masak lauk asing.Masing2 mintak Garuu badan..Nak buat air mandian lagi..

Haaa sebut tentang air mandian.Mama campurkan daun-daun dan mandikan anak2 sehari 3kali.

Baguss sangat Alhamdulillah insyALLAH mujarab.Untuk miang gatal,campak cepat kering.

Sediakan bahan mandian rendam dalam 1 baldi berisi air

✔Daun semambu 3 tangkai

✔Daun melur 1 tangkai

✔Daun pisang kelat 1 pelepah

✔Daun setawar 1 tangkai

✔Secawan biji sagu

Kesemua bahan ni dibuat mandi dan tak perlu bilas.

Selepas mandi sediakan bedak untuk sejukkan dan kurangkan rasa gatal.

Bahan untuk sediakan bedak sejuk

Blenderkan saja kesemua bahan diatas dan campur bedak sejuk.Lumurkan pada keseluruhan badan yang ada campak dan parut  setiap kali selepas mandi atau selepas waktu zuhur dan asar.

InsyALLAH mujarab.Inilah amalan tradisional yang mamareen amalkan.Asbab kak cha baik demam dan parut mula hilang selepas 5 hari.Sikembar selepas 7 hari..

Terima kasih Pak Long@ Ustaz Shuib atas petua dan berikan air penawar untuk anak mamareen.moga ALLAH panjangkan umur Pak Long.Amen

Selamat Mencuba😄

FB: Mamareen Omar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge